Wednesday, April 15, 2009

exam DATANG!!!!!

yaaa...dis week was d last week 4 study..wawawawawa... :'(..so sad,bored,pressured here n there,tired..ummm..hate all dat...!!!


how come it so fast...i feel like i have another a week 2 get ready exam but it only left 3

days..aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tension....!!!!..


whatever..but i have done stdy..but it was not enough..see,,,i have a time 2 update my

blog..hahahaha...


so bored 2 see a books..there,there,and there,,anywhere...i will be crazy if always like

dis..uhuk3...


i feel like i want 2 go home..homesick..ma,,,plezzz..pray 4 my luck in my exam..plezzzz..pray 4

me,hope dat i can carry all of dis till i success..plezzzz...do all dat..coz i can feel dat i can't hold on

dis anymore..aaa..plus,a lot of problem come while i am in stdy week like dis..uhuk3..i need


someone 2 talk with..but who? when? where?








emm..hope al dis go far away from my life..hope it dissapear sooner..emm..amin..





i'm waiting 4 d happy day wif my family...misss yaaaa...!!! i'll coming back soon..

Saturday, April 11, 2009

Hanya PadaMU Ya Allah..

Ya Allah kau rawatlah hatiku ini..Hatiku sakit,Ya Allah..

Hanya kau sahaja yg mampu menyembuhnya..Hanya engkau..

Kau ubatlah hatiku dgn Cinta-MU..

Jadikanlah diri ini sentiasa mengingati-MU,sentiasa mengingati keindahan syurga-MU,sentiasa takut apabila mengingati neraka-MU, sentiasa redha dgn qada' dan qadar-MU,sentiasa bersyukur dan bertawakkal padaMU..

Jadikanlah ak pengemis cintaMU..

Jadikanlah aku seorg hamba yg tidak ptus asa meraih cinta agungMU...

Aku mahu menjadi semua itu walau ku tahu diriku tidak sekuat Rasulullah S.A.W untuk menghadapi ranjau itu..Bila2 sahaja diri ini akan tumbang apabila Engkau membawa kekuatan itu pergi jauh dari diriku..

Aku hanylah insan yg Do'ief..

Yang sentiasa mengharap kekuatan-MU..Ya Allah...



Wednesday, April 8, 2009

TANGISAN SEORANG KEKASIH

Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU.
Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit danlesu serta berjuang dengan Maut.
Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini.Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasyr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : “Jika kamu tahu apa yang akutahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita??

Nabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari.Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :“Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dantangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!…… … … .
WaLlahua’lam…

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A’lamin.”

Friday, April 3, 2009

Rabbani menemui pelajar UMP..~~




Semalam Rabbani datang kt UMP..xde pe2 pon cme dieorg nynyi la..hahahaha...ak dtg lmbat skit sbb ade kne jge program ak (programming cntest)...uwaaaa..so trlmbat skitla nk g tgok 2...ak pat amek pic je..sbb dieorg pon da nk blik mse 2...




pe yg ak nk ckapkan..lpas nih hrap pihak UMP pat la jmput artis len plak..UNIC ke..?( my favorite..)lalalala...




kl jmput dieorg msti ak dtg awl..kl ade program pon ak xjgela..hahahaha..




yg pasti smalam mmg gmpak..Tahniah UMP..


huhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...