Thursday, April 14, 2011

Makbulnya doa di antara dua khutbah

Sempena jumaat yang mulia nih...nak kongsi2..

Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.


Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.


Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.


Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.


Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…


doakan kami kaum perempuan nih jugak ye kawan2 lelaki..:)


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...