ALLAH SWT mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Justeru, manusia dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan yang seterusnya mengangkat mereka sebagai khalifah Allah SWT yang mentadbir dunia ini. Oleh itu, manusia terutama umat Islam ditaklifkan Allah SWT untuk menjunjung segala perintah-Nya sama ada berupa suruhan mahupun larangan. Antaranya ialah solat, zakat, puasa dan haji serta amalan amar makruf nahi mungkar. Ungkapan amar makruf nahi mungkar sering kali diulang-ulang di helaian al-Quran bagi membuktikan betapa penting dan tingginya amalan itu. Malah, yang lebih menariknya ialah amalan amar makruf nahi mungkar adalah antara ciri utama sebagai umat yang terbaik. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110) Bertitik tolak dari sini, umat Islam wajib menginsafi bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar dalam konteks kehidupan seharian, selain menunaikan amalan fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji. Tambahan pula, konsep amar makruf nahi mungkar ini sebenarnya pendekatan bagi menyelesaikan segala kemelut atau gejala sosial yang melanda sesuatu masyarakat. Dengan wujudnya kesedaran masyarakat Islam dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar pasti akan menghasilkan satu komuniti harmoni dan sejahtera. Sejarah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau bangsa kerana berleluasanya maksiat atau penyakit masyarakat seperti rasuah dan kezaliman. Sehubungan itu, Allah SWT menegaskan akibat yang menimpa umat terdahulu kerana kelalaian mereka menegakkan kewajiban amar makruf nahi mungkar ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha berat azab seksanya.” (Surah al-Anfal, ayat 25) Jelas daripada inti pati ayat suci itu bahawa perbuatan membiarkan saja maksiat berleluasa dalam masyarakat akan membawa bala bencana yang bukan saja menimpa orang berdosa, malah masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, setiap Muslim bukan saja diwajibkan menjauhi dirinya daripada perbuatan dilarang Allah SWT, malah wajib mencegah perbuatan terlarang itu daripada merebak dalam masyarakatnya. Kisah kebinasaan kaum Bani Israel cukup menjadi pengajaran kepada umat Islam terhadap pentingnya amar makruf nahi mungkar dijulang dan ditegakkan bagi memastikan kelangsungan kehidupan manusia di bumi ini. Kisah mereka dirakam Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 78-79 yang bermaksud: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.” Lanjutan itu, Rasulullah saw memberikan panduan kepada umat Islam mengenai adab mencegah kemungkaran apabila dilihat berlaku dalam kehidupan seharian. Sabda Baginda bermaksud: “Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya atau mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” – (Riwayat Muslim) Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dengan terang mengenai perkara yang dihalal dan diharamkan kepada umat Islam. Oleh itu, amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan selaras dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Contohnya, kalau Allah SWT mengharamkan judi, riba, arak, kezaliman, fitnah memfitnah dan sebagainya, maka janganlah dibiarkan amalan itu dilakukan dan seterusnya merebak dalam masyarakat Islam. Ini kerana ia jelas larangan Allah SWT. Ringkasnya, apa saja perbuatan ditegah Islam adalah wajib dihalang dan dicegah agar tidak merebak dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya, amar makruf pula lebih menjurus kepada menyeru umat Islam agar kembali kepada Islam secara keseluruhannya. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” – (Surah al-Baqarah, ayat 208) Dari sini, jelas bahawa amar makruf mempunyai pengertian luas merangkumi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Menyeru manusia agar berakhlak mulia, berilmu dalam segala disiplin ilmu sama ada duniawi mahupun ukhrawi dan kembali kepada Islam termasuk dalam skop pengertian amar makruf. Begitu juga menyeru manusia ke arah perpaduan dan kesatuan ummah, menegakkan keadilan sosial, memerangi kemiskinan dan perjuangan menegakkan Islam termasuk dalam erti kata amar makruf. Pendek kata, perjuangan ke arah kebaikan dan kesejahteraan ummah sejagat menurut landasan Islam termasuk dalam pengertian amar makruf. Meninjau senario umat Islam mutakhir ini, setiap umat Islam bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak dalam pemeliharaannya. Anak mereka wajib diasuh dengan tarbiah Islamiah agar menjadi anak soleh dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau anak mereka melakukan sesuatu bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat, maka ibu bapa bertanggungjawab untuk menegur anak mereka dan memelihara mereka daripada terjebak ke lembah larangan Allah SWT. Andainya tanggungjawab ini diabaikan, pasti harapan untuk membina institusi rumah tangga yang bahagia dan harmoni tidak akan tercapai. Seterusnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menyemarakkan amar makruf nahi mungkar dalam konteks kemasyarakatan. Setiap orang sewajarnya berusaha ke arah menghidupkan sebuah masyarakat bertolak ansur, bersatu padu dan bekerjasama dalam segala lapangan hidup. Tidak ketinggalan, setiap orang wajib berwaspada terhadap sebarang unsur atau gejala negatif yang cuba meruntuhkan kerukunan dan kesejahteraan yang mengiringi hidup mereka. Manakala bagi pihak kerajaan pula, dengan kekuasaan yang ada pada mereka boleh menguatkuasakan akta, enakmen atau undang-undang bagi memastikan amar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan pembabitan semua pihak dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar, kerahmatan Ilahi juga yang akan menjelma memayungi kehidupan ummah sejagat. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah akan diberi rahmat oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” – (Surah at-Taubah, ayat 71) saye bukanlah insan yang sehebat Rasulullah yang di mana berjaya menjalankan pemerintahan Islam semasa pemerintahannya..tapi berusaha sedikit demi sedikit ke arah itu untuk menjadi seorang umat yang peka terhadap masalah ini..mungkin dari post ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajarab buat kita..janganla menunggu Allah menguji kita dengan bala dan bencana baru nak mencari2 Allah...Allah adalah tuhan kita yang salu mengingati kita tapi kenapa kita nak ingat kat dia seminit pon susah..SubhanAllah..same2 la kita renung2kan..;) Jaga Diri N Hiasi Peribadi.. |
Memberi Lebih Baik Dari Menerima
Friday, March 25, 2011
amar makruf nahi mungkar..
Wednesday, March 16, 2011
wanita umpama bunga..
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah laksana Nakhoda
Ke mana diarah di situlah perginya,
alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,
merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah
(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,
cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)
Saturday, March 12, 2011
Subhanallah..
Thursday, March 10, 2011
Ku KUat KeranaMU Ya Allah...
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan
Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu
Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku
Ada begitu banyak nikmatNya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmatNya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku
Semuanya menjadi satu.....
Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tIdak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milikNya
Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata
Hanya satu yang ku pohon.......
"Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma
Kerna aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatianMu
Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,
Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..
Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.
Andai Engkau tiada disisiku"
Disetiap kali aku memerlukan-Mu
Kulihat langitMu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku
Saturday, March 5, 2011
Alhamdulillah...
KeredhaanMU
Friday, March 4, 2011
Sebagai Renungan~~
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?