Saturday, May 21, 2011

Setulus Cinta Nabi Muhammad S.A.W

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.


"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.


"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,


Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.


"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.


"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...

Bahagiakah aku, Bila Dia Bahagia Walau Bukan Dengan Aku

tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...


macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...


day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.


satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?


weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............


aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!


5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.


ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.


semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!" okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....



-----------------------------



hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.


4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??


ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!


ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)

aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)


semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....


ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...

aku: habes tuh ibu??

ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...

aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....


ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...

aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?

ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..



aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...


"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"

"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"


pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..


9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.


kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!


sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."


semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....


"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?


"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"


amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....


aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!


------------------------



AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------



FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!


-----------------------------------


just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.


- - - - - - - - - - END - - - - - - - - - -




wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*

Friday, May 20, 2011

Putus Cinta?? What to do?? Survive je la kan?? Let see what to do...

Friends have seen me gone through few breakups all my teenage (gunakan perkataan ini selagi boleh sebelum cecah 21tahun! ok da terlambat buat diriku..da tua!!!..haha) love life and their significant remarks would be, "You seemed so happy as though nothing has happened, how did you do it?". Obviously, no sane person would be fine with losing something/someone they love dearly, but you gotta move on u know. Life is short. See tup tap tup tap I'm no longer a teenager..hahaha (-_-")




Of course, diambil kira siapa yang end the relationship, whether on good terms/otherwise, reason behind decisions dan sebagainya. Dan semua faktor ini semestinya buat fasa perpisahan kita itu berlainan. Tapi this is what I can give you in general, like how I handled it and what you can apply. This entry is a response entry to FB msgs I've received from my past break-up. LOL SORRY IT TOOK O LONG GUYS T_T





Guide to Surviving Break Up(s)


Cry your heart out
Menangislah seperti Kasim Selamat cucuk mata kau. It's good to express yourself and let anger/sadness out. Tapi ingat! Satu atau dua malam sahaja! Jangan drag setiap malam kau nak nangis, memang pathetic, sila offer pipi untuk ditampar.


Listen to sad songs
Inilah masanya nak perasan semua lagu putus cinta dicipta untuk kau! Seriously. Tiba-tiba perasan semua DJ stesen radio tempatan memahami apa yang kau lalui dan mainkan lagu Bila Cinta 20kali sehari, padahal tengah promosi Lagenda Budak Setan. BILA CINTA INI... TAK LAGI BERMAKNA... YANG KURASA KINI... HANYALAH NESTAPA... pastu kau taktau pun nestapa tuh apa, tapi nak rasa gak.


Empty Recycle Bin
Self-explanatory kot nih. Jangan dikenang kisah/memori/files lampau. Tak elok untuk soul kita. Kalau orang kata pengalaman mengajar, ya baiklah, ambil pengajarannya saja. Pengajaran sahaja! Memori cinta luka biar Naser Wahab je kenang. Lagipun tak elok kalau future pacar kita tengok kita masih simpan barang-barang lama dan gambar etc. You wouldn't like that from him too, am I right? Yeah I know I'm right.


Remove All Contacts
Ini paling vital ever, jangan contact your bekas kekasih please. Dia call, reject. Dia sms, delete. Dia comment Facebook, unfriend. Dia email, letak dalam spam. Meanie? Not really, this is good for both of you to move on. At least sampai you dah certain you takde feelings lagi. Then nak contact balik sukati, masing-masing dah besar. OMG this is so my favourite phrase now, 'masing-masing dah besar'. So adult! So, reaching 22 years old dis jun!!...Tua2...haaaiiiyaaa..hihihihihi


Talk About It
Takpe, ceritalah. Luahkan. Dekat orang yang paling rapat dan won't judge you. Then STOP. Stop talking about it. Stop dropping his/her name in conversations. Stop relating all incidents with what you've experienced with this specific past of yours. Have no one to talk to? Remember... God? It's okay. Benar bila ditimpa musibah barulah sujud lama sikit, doa panjang sikit. We are only human.


Get Occupied
Stop mourning already and do something with your life. Setiap detik you are on your own doing nothing, minda mesti mengusha kisah lampau dan manusia lampau. Jangan biarkan itu terjadi. Bila ada masa senggang, cepat-cepat isi dengan aktiviti bernilai! Lepak dengan kawan-kawan! Takpe kalau kawan kata 'huk aloh kau, dah break baru cari kitorang', takpe. Takpe sebab padan muka kau, siapa suruh perangai camtu, lupa kawan bila bercinta. Kahkahkah.


Change Routine
Dulu setiap malam bergayut? Setiap pagi bermesej? Setiap hujung minggu berdating? Masa untuk tukar rutin itu! Kalau dibiarkan kosong, lagi kosonglah rasa hati.
men la FB ke,twitter ke, n paling beshh kol la mak..selame nih korg jarang2 kol dieorang kan..pasal pakwe ade...haaa..time nih la nak merase mak tuh ade...ape la???...hahaha..


Establish Rapport
Datelah semua orang yang ajak kau dating selama ini tapi kau terpaksa tolak sebab berpunya. Keluar makan, tengok wayang, pergi gym, whatever you fancy. Ini bukan looking for love atau pengganti, just to get a good look of the outside world and what it has to offer. Sebab these are all the rebound people, dan most likely you are a rebound to them too.


Give Change A Chance
Takyah nak Obama kat sini. Hehehe, bila you are completely certain dah move on (emotionally), you can give love a chance once again. Remember, jangan zalim terhadap diri sendiri & future pacar dengan go into relationship without getting over your past guy/girl. It's unhealthy.


Listen to Happy Songs
Yeahhh, mannn.


p/s--da2 xyah nk nanges2,kenang2 da..xde gunanye...jom layan lagu siti nurhaliza..nirmala,balqis...xyahla nk dgar lagu lagenda budak setan tuh ha..penat hati tuh nanges...hik2...:)..chill y ollzzz...!!

Alhamdulillah~~

Maaf lambat update blog...sibok sgt dgn projek tahun akhir...tuh pon ade msalah..orang lain present skali, aku present dua kali..naseb baik supervisor baik..Allah jep yang dapat balas jasa En Areef yang baik hati tuh...xpe2..t i belanje makan...hik3...

Ya Allah syukur aku pada nikmat yg Kau bagi lagi nih..result projek tahun akhir yang agak menyakinkan aku untuk terus ke hadapan lagi...Alhamdulillah..setelah banyak masalah yg aku hadapi di tahun2 sudah,Kau kembalikan sinar di hidup aku dengan result projek yang buat aku gembira...ma pon da xsusah hati tengok anak die gembira da bile kol...kalau tak asek tersedu2 jep..ma jep aku ade untuk luahkan..berdosanya buat die susah ati..tapi aku bukan nak nanges..die ternanges...hihihi..,maaf kan orang ma ea? hihihihi...

Alhamdulillah..boleh jugak aku melangkah kaki ke alam yang lagi sukar nnti...tp insyaAllah dgn adenye Allah selalu disisi aku harap semuanye mnjadi snang...Amin...doakan shaye ye...t shaye update dgan citer best2 untuk pedoman smue lagi ye...xboleh janji bile..sebab sebok nak antar thesis pulok..ingatkan jadi dak tahun akhir nih seronok sebab nak kuar u da..tapi malangnye makin penat hati dan badan nih buat keroje..ihihihi...doakan sye ye semua...InsyaAllah..mudah2an kawan2 saye pon dapat hadapi waktu sukar nih same2...=)


p/s--misi nak buangkan jerawat di muke n nk belai2 muka balik..da berbulan xsentuh pon muke nih..mmg xde mase nak peduli...hihihihi...da la mmg xcantik..uwaa...~..takpe2..berusaha..!!..hik3..:P


Thursday, May 12, 2011

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..

copy from...http://www.napirago.com ..^^

Saturday, May 7, 2011

Wanita Cantik

Wanita cantik....
melukis kekuatannya melewati masalahnya....
Ia tersenyum saat tertekan...
tertawa di saat hati sedang menangis,
memberkati di saat terhina...
dan mempesona karena memaafkan

Wanita cantik...
mengasihi tanpa kepentingan sendiri....
bertambah kuat dalam doa dan pengharapan...

betapa ALLAH TA'ALA mengistimewakanmu..
mulai dari penciptaan-NYA atas wujudmu, mnjage dan memuliakanmu dengan ISLAM....
Dan memberimu banyak keringanan dalam beibadah,
tugas dan kodratmu sebagai ISTERI dan IBU pun, ganjaran yang di janjikan-Nya setara dengan JIHAD DI JALAN ALLAH...
Dan kamu dapat memilih pintu syurga-Nya dari mana-mana yang kamu suka....
Subhanallah,Jagalah anugerah itu, dengan akhlaq yang terpuji, sebagai wujud syukurmu pada-NYA....



Wednesday, May 4, 2011

Berita Hangat Melanda UMP~

hahahaha..nih ade shatu belita wa mau bagitau..hik3..sedang melanda ump..waa..shangat hangat wooo...da lame sebenarnye..tapi dak2 UMP nih baru ala2 mencaci menkeji dieorang la an?? haha..adoii penat aiii ckap pelat nih...hihihi..


ok kite sileyes ok...?? hhihi...nih la psal k-pop..tapi nih group yg ade kat malaysia tapi nak tiru korean musician group...(m-pop)...euuuwwww....bkan nak kutuk la..tapi aku xkisahla kalau dieorang nak buat group nasyid..nih kl group lelaki cam ape jep..bukak baju tnjuk dade sume...yg group perempuan lak,sume nak kai skirt..ala2..wondergirls gitu...bukan ape la dik oooiiii..kita nih negare islam..bukan cam negara korea tuh bukan islam..aiiyooo..tuh pon nak tiru ke?? benci giler nak tiru meniru nih...meh cini tgok nih...geli nengoknye...



nih perempuanye group r...adoiilaa...apo nak dikatooo...smue nak nmpak peha jep kan??? putih sgt kan?? whatttt theee??? name group nih gula-gula...hakkktuihhhh...cam geli-geli lak aku tgok...xsesuai gula-gula tuh....




ok...nih lelaki nye group..haa..sakit jiwe da tgok smue nih...
xpe2..kite tgok lagu dieorang nanti camne ok?? kl sdap boleh menembusi intrnational, ok...boleh diterima..kite tgok kl lagu jong2 inai korang nyanyi mmg rase nak pelekong dgn gayung tau...aiissshhhh...

SABOR JELAH...!!!


p/s--> kiteorang minat bukan sbb muke n care dieorang berpakaian..tp sebab talent ok talent...!!...

Tuesday, May 3, 2011

I do~~

haaaahhhh..ramai ler yang da nak kawen nih..kawan2 da ramai nak kawen...
shaye doakan yang terbaik untuk korang..moga bhagie ke akhir hayat...
and dapat anak chomel2...
nanti ade jodoh,,datang kat majlis shaye lak ok? lagi 4,5 taun insyaAllah...hihihi..
yang da kawen tuh...moge berbahagia salu...=)

i dedicated this song to all of u...


Colbie Caillat- I Do

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you



haaa...nih la pnyanyi asal lagu nih...hahahaha..maaf smue sbb lupe nak gitau mase name mningkat fofuler arituh..hahahaha..xley blah...saje je ltak pic nih sbb vid colbie callait tuh..agak eerrr...errr.errr..sekse..so shaye ltak la pic shaye yg sopan nih dgn memegang brang anak2...hahaha...ok la..papai..lots of love from me ok?? ;*



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...