Thursday, August 18, 2011

Perkongsian Jumaat....Ya Muhammad

Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian yang kecil tetapi diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Uhibbuki fillah = I love you for the sake of Allah.

********************

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapkannya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga kewafatan Baginda SAW.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Saydina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Saydatina Aisyah RA menjawab,

"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?", tanya Saydina Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Saydatina Aisyah RA.

Keesokan harinya Saydina Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau datang kepada pengemis itu lalu memberikan makanan kepadanya. Ketika Saydina Abu Bakar RA mula menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik,

"Siapakah kamu?"

Saydina Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (datang kepada engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa datang kepada aku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Saydina Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Nabi Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Saydina Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia datang kepada aku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Saydina Abu Bakar RA disaat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang Islam.

********************

Wahai saudaraku, bilakah kita dapat meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?
Atau setidaknya niat untuk meneladani Baginda SAW?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, sebaik-baik akhlak.

Mungkin kita tidak mengikuti Baginda SAW seratus peratus, tetapi buatlah yang termampu oleh kita.

moge Ramadhan kali ini mampu memberi perubahan yang bermakne buat kita untuk menjadi insan yang lebih baik lagi..

cinta bukan makna memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.Si dia kepunyaan mu..Atau kau kepunyaan si dia..Kerana hakikatnya..Kita tidak pernah memiliki sesiapa..Walau sekeping hati seorang insan..Tidakkah kau sedar...Hukum alam menyatakan..Mencintai tidak semestinya memiliki?Manusia pandai berpura ..Berlakon di pentas dunia...Dan bertopeng menutup rahsia..Tetapi hati...Tidak pernah berdusta pada empunya...Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...Tidakkah kau sedar...Mungkin si dia melafazkan..Ungkapan cinta pada mu...Tetapi hati dan perasaannya..Tidak pernah berniat begitu...Dia hanya berselindung...Di sebalik sejuta alasan...Dan kau...Begitu jujur dan setia mencintainya..Sehingga terlupa..Hukum alam menyatakan..Mencintai tidak bermakna memiliki..Sesungguhnya. .."Aku tidak pernah memiliki diri mu...""Dan kau jua tidak memiliki diri ku."Mengertilah. Kita sebenarnya kepunyaan..Yang Maha Esa...Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita..Kecuali Dia...Dia mengasihi hamba-Nya...Dia memiliki hamba-Nya...Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali....Janganlah bersedih..jika orang yang kamu cintai..bukan ditakdirkan untukmu..Mungkin Allah lebih tahu..Apa yang terbaik buatmu..Percayalah..

2 rings,pengikat kasih dan persahabatan yang tak pernah ditanggalkan,


sila terharu.:)

Tuesday, August 2, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...