Cintailah Allah sepenuh hati.....nescaya akan engkau temui cinta sebenr yang dikau cari-cari selama ini.Disana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian,kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan,derita dan air mata kecewa.....
Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serhkan kepada makhluk pasti retak dan terburai.Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Ilahi pasti ianya akan bertaut kembali.
Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa di tempat yang hak.Dalam memburu cinta,manusia sering keliru.Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapaat dibahagi-bahagikan.
Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan,mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah.Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah,pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu oeh sesiapa sahaja...wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan...wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang amat sukar diungkapkan dengan kata-kata..."
Andai mampu kusulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah...
Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-MU.Tetapi hati ini meminta.........
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung........
kurniakanlah aku seorang insan bertakwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-MU.Kusedari ,tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cinta-MU tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati."
bunga yang dapat yang aku cerita arituh tuh..ingat x? xingat bace nih..... tekan sini
p/s: gemokkk...thanks coz make me heppi when i'm in deep hurt...i'll give a whole world for you if i will... :P
No comments:
Post a Comment